Minyak Zaitun asli Palestine..'
Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia
adalah dari pohon yang diberkati." (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah)
1) Keaslian
Kita ada sijil ketulenan dari Kementerian Palestine yang mengesahkan produk yang kita ambil adalah asli dan tulen.
2) Kadar Asid
Adalah
diketahui Minyak Zaitun dari Palestin adalah mengandungi kadar asid
yang paling rendah iaitu tidak melebihi 0.4% berbanding dengan minyak
zaitun dari Negara Itali, Greek dan sebagainya
3) Kandungan Asid Oleik
Minyak Zaitun dari Sepanyol dan Itali, kandungan asid oleik yang paling
tinggi hanya mencecah 45%, namun di Palestin khususnya dari Ramallah,
kandungan asid oleik paling rendah yang terkandung di dalam minyak
zaitun ialah 75%.
Kajian menunjukkan bahawa asid oleik dapat mengurangkan risiko penyakit
kardiovaskular, kanser dan penuaan dan bagus untuk bayi dalam kandungan.
4) Penanaman Pokok zaitun
Minyak
zaitun ini adalah daripada hasil tanaman keluarga turun temurun dijaga
oleh semenjak 400 tahun dahulu. Pokok zaitun ini dijaga 24 jam sehari
untuk mengekal kualiti yang terbaik.
5) Al-Quran
Dan
dari nota kaki surah An Nur ayat 35 dari Al-Quran yang diterbitkan oleh
Al Alam Ar Robitah Al Islami mencatatkan minyak zaitun terbaik di dunia
adalah dari Ramallah Palestine
6) Kaedah Pemprosesan
Perahan buah zaitun ini adalah menggunakan kaedah lama di mana kaedah ini dapat mengekalkan 'polyphenol' hampir 100%
berbanding dengan diproses mengunakan mesin dimana ‘polyphenol’ didalam
minyak zaitun telah kehilangan hampir 20% dan 'polyphenol' adalah
sumber penting pencegah dan penentang barah yang di perakui oleh pakar
'nutrition'.
7) Menyokong Palestine
Akhir
sekali, dengan membeli produk buatan Palestine ini, kita sebagai
saudara sesama islam dapat membantu sedikit sebanyak ekonomi saudara
saudara kita di bumi Palestine untuk terus menampung hidup serta
mengalak dan menyokong pertanian mereka. Seperkara lagi, Ramallah
tempat dimana pokok zaitun yang ditanam ini adalah didalam kawasan
Al-Quds (Baitulmaqdis) salah satu tanah suci yang disebut oleh Allah SWT
didalam Al-Quran. Ini bermakna, minyak zaitun ini adalah berasal dari
Tanah Suci
-------------------------------------------oooooooooooooo-------------------------------------------------
CARA PENGAMBILAN
1. Mengambil secara berterusan sekurang-kurangnya sesudu 2 kali (23 gram) sehari (pagi sebelum sarapan, dan malam sebelum tidur).
2. Campurkan dua sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan.
3. Untuk menghilangkan parut bekas jerawat
di muka, ratakan campuran dua sudu teh minyak zaitun pada muka, biarkan
selama dua atau tiga jam dan kemudian barulah dicuci.
4. Untuk menghilangkan parut pada anggota
lain di badan, ratakan campuran tiga sudu teh minyak zaitun pada anggota
terlibat, biarkan selama dua jam,kemuadian barulah dicuci.
5. Jika boleh gunakan dalam masakan menggantikan minyak masak kelapa sawit.
6. Tambahkan dua sudu makan minyak zaitun
ke dalam masakan berminyak, bersantan, berlemak/kolesterol tinggi
(kambing, lembu, kerbau atau udang). Kesemua lemak akan menjadi sisa
tanpa diserap ke dalam badan.
Bagaimana Minyak Zaitun Bekerja?
***************************
Minyak
Zaitun adalah sumber lemak yang baik dan telah terbukti untuk membakar
tiga kali lebih cepat daripada lemak tak baik seperti lemak trans yang
dijumpai dalam produk-produk komersial makanan. Kandungan asid oleik
dalam minyak zaitun merupakan komponen yang dipercayai bermanfaat
sebagai penentang lemak. Ia membantu supaya tisu-tisu lemak berhenti
mengambil lemak di dalam salur darah. Hal ini juga membantu sel-sel
lemak dengan mengeluarkan lemak yang disimpan ke dalam aliran darah
sehingga boleh dibakar.
Dalam pencernaan, asid oleik ditukarkan
ke OEA, hormon melawan kelaparan. OEA meransang sel-sel saraf dan
memberitahu otak anda bahawa anda telah penuh. Menurut kajian, mereka
yang mengambil satu sudu teh minyak zaitun ketika sarapan mampu
meningkatkan metabolisme badan sehingga 60% berbanding mereka yang tidak
mengambilnya. Minyak zaitu diyakini membakar dengan cepat dan
menghasilkan peningkatan metabolisme. Para penyelidik dalam kajian ini
mengesyorkan mengambil satu sudu minyak zaitun di waktu pagi dengan
perut kosong.
----------------------------------------------------OOOOOOO------------------------------------------
TIPS MERAWAT KANSER
dengan MINYAK ZAITUN(DIY)
1) Beli sebotol minyak zaitun dara (EXTRA VIRGIN OLIVE OIL)
2) Buka penutupnya dan rapatkan mulut anda,lalu bacakan 20 ayat ruqyah syariyyah ataupun ayat-ayat manzil.
3) Tiup 10 saat minyak zaitun dara tersebut.
4) Bagi pesakit kanser dalaman ataupun gastrik,anda minum sesudu 3x sehari iaitu pagi-ptg-mlm selama sebulan.
5) Bagi pesakit kanser luaran,anda perlu minum dan sapu pada tempat kanser 3x sehari juga selama sebulan.
InsyaAllah sembuh,selamat mencuba..........
20 Ayat Ruqyah Syariyyah
1 Al-Fatihah
2 Al-Baqarah 1-5
3 Al-Baqarah 102
4 Al-Baqarah 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
6 Al-Baqarah 285-286
7 Ali-Imran 18-19
8 Al-'Araf 54-56
9 Al-'Araf 117-122
10 Yunus 81-82
11 Toha 69
12 Al-Mukminun 115-118
13 As-Soffaat 1-10
14 Al-Ahqaaf 29-32
15 Ar-Rahman 33-36
16 Al-Hasyr 21-24
17 Al-Jin 1-9
18 Al-Ikhlas
19 Al-Falaq
20 An-Naas
Sumber : Dicatat oleh
Muallij Ahmad @
http://urutdanrawat.com
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Minyak Zaitun:
Bukan sekadar minyak biasa
|
|
Oleh:
MOHAMAD FIKRI ROSLY
|
|
Khasiat minyak zaitun
memang diketahui ramai. Sejak turun-temurun lagi pakar-pakar perubatan,
pemakanan dan kosmetik mengakui kebaikan pengambilan minyak zaitun dalam
pemakanan seharian.
Pengambilan rutin minyak zaitun dipercayai dapat mengelak penyakit
kardiovaskular, kanser, masalah penghadaman dan penuaan.
Ia juga diperakui berkhasiat untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak
yang sedang membesar.
Menurut pakar perubatan nuklear dan radiobiologi, Dr. Yahya R. Laleli,
khasiat minyak zaitun telah diperakui dan disahkan menerusi pelbagai
kajian di seluruh dunia.
Pengambilan dua sudu atau 23 gram minyak zaitun setiap hari dapat
mengurangkan risiko penyakit koronari jantung kerana kandungan lemak
tidak tepu mono yang terkandung di dalamnya.
Khasiat minyak zaitun
Pengambilan minyak zaitun menambahkan bilangan kolesterol baik untuk
badan di mana ia menghalang penghasilan plak pada dinding arteri dan
kehadiran antiaksida dalam minyak zaitun juga mengurangkan risiko
tekanan darah tinggi.
Kajian The Journal of the National Cancer Institute menunjukkan diet
minyak zaitun bersama buah-buahan dan sayuran merendahkan risiko kanser
payu dara, kanser kolon dan kanser prostat.
Selain itu, minyak zaitun juga meningkatkan penghadaman dan penyerapan
nutrien di mana ia melepaskan asid gastrik perlahan-lahan selain
membantu pengeluaran hempedu yang optimum.
Ibu-ibu mengandung juga digalakkan untuk menambahkan minyak zaitun dalam
diet mereka bagi membantu penyerapan vitamin, mineral dan nutrien yang
penting untuk fetus selain mengatasi masalah sembelit yang biasanya
dialami ibu mengandung.
Masalah arthritis di kalangan warga emas juga dapat dikurangkan dengan
penggunaan minyak zaitun di mana kandungan semula jadinya iaitu oleocanthal, adalah salah satu agen antiradang bukan steroid yang
menghalang aktiviti siklooksigenas penyebab radang.
Penyakit osteoporosis juga dapat dihalang dengan pengambilan rutin
minyak zaitun dalam diet seharian di mana mineral dan kalsium dapat
diserap dengan lebih baik.
Dari sudut kecantikan, kandungan vitamin dan flavonoid di dalam minyak
zaitun berfungsi mencantikkan kulit dengan meneutralkan radikal bebas
yang merosakkan kulit.
Minyak zaitun juga telah digunakan turun-temurun dalam terapi kecantikan
di mana sapuan kepada rambut dan kulit kepala menjadikan rambut sihat
bersinar, juga mengurangkan masalah rambut gugur.
Kandungan minyak zaitun
Pelbagai komponen bioaktif seperti asid lemak, vitamin, komponen mudah
meruap, komponen larut air dan serpihan mikroskopik buah zaitun
terkandung di dalam minyak zaitun.
Asid lemak merupakan kandungan utama minyak zaitun terdiri dari asid
oleik, asid linoleik dan sedikit asid linolenik.
Asid oleik merupakan salah satu asid lemak dari jenis tidak tepu mono,
merangkumi 55 hingga 85 peratus kandungan minyak zaitun.
Kajian menunjukkan bahawa asid oleik dapat mengurangkan risiko penyakit
kardiovaskular, kanser dan penuaan dan bagus untuk bayi dalam kandungan.
Asid linoleik dan linolenik adalah dari jenis asid lemak tidak tepu poli
yang menganduingi
Omega 6 dan
Omega 3. Nisbah
Omega 6:Omega 3 dalam
minyak zaitun menepati nisbah yang disarankan untuk orang dewasa selain
turut membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
Kandungan peroksida atau antioksidan yang tinggi di dalam minyak zaitun
berfungsi menentang pengoksidaan oleh radikal bebas dan oksigen reaktif
di dalam badan kita.
Ia juga mengandungi sterol tumbuhan yang menghalang badan daripada
menyerap kolesterol berlebihan di samping kaya dengan
vitamin E yang terbukti baik untuk kesihatan kulit.
Kualiti sesuatu minyak zaitun ditentukan oleh kandungan asid bebas dan
peroksida di dalamnya.
Menyedari minyak zaitun mengandungi banyak manfaat untuk manusia, Dr.
Yahya menghasilkan produk berasaskan minyak zaitun menggunakan jenama
Laleli.
Beliau bersama keluarganya turut mengendalikan makmal Duzen yang
terkenal di peringkat antarabangsa dalam membekalkan perkhidmatan
analisis kesihatan dan alam sekitar selama lebih 29 tahun.
Dr. Yahya yang juga pakar kesihatan dari John Hopkins adalah pemilik
makmal tersebut dan juga pemilik ladang serta kilang pemprosesan zaitun
moden di Turki.
Syarikatnya, Laleli Olive Oil Establishment, mengeluarkan produk
berasaskan zaitun dan diedarkan secara eksklusif di Malaysia oleh
pengedar tunggal iaitu Thye Huat Chan Sdn. Bhd.
Laleli dengan moto "bukan sekadar minyak biasa" memasarkan rangkaian
produk untuk kecantikan, minyak masak dan minyak kesihatan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Limau nipis dan minyak zaitun
Antara
cara mudah untuk meredakan sakit berpunca daripada batu karang ialah
minum air limau nipis sebaik-baiknya tanpa gula. Perah sebiji limau
nipis tua ke dalam secawan air mineral dan minum sukatan yang sama tiga
hingga kali sehari.
Untuk nyahkan batu karang, boleh digabungkan dengan minyak zaitun. Caranya ialah ambil sesudu besar air perahan limau nipis dan sesudu besar minyak zaitun
dengan empat cawan air. Mereka yang mengamalkannya melaporkan biasanya
batu karang akan keluar bersama air kencing beberapa jam selepas
mengambil bahan tersebut.
Sitrat
dikatakan berupaya melarutkan batu karang dan minyak zaitun pula
dipercayai berfungsi sebagai pelincir. Rakyat di Malaysia dan Asia
Tenggara biasa minum air limau nipis. Penduduk di negara hemisfera utara
pula biasa mengambil lemoned iaitu air minuman mengandungi perahan
lemon segar
|