Selamat Hari Raya

Sunday, 22 September 2013

Membuang angin dalam badan.





 Hari saya ada tengok satu rancangan Dr Oz yang mengatakan punca angin  ni sebenarnya dari sumber makanan kita. Jadi mungkin gak la kita perlu ubah sumber pemakanan seharian. Katanya sumber-sumber ni la kalau tak tolerate dengan badan akan menghasilkan angin-angin yang tak diundang tu. Kalau ubah sumber makanan ia boleh membantu mencegah atau membuang angin dalam badan. Boleh baca kat sini antara yang dikatakannya tu. Puas dah saya cari episod yang saya maksudkan tu tapi tak berjumpa. Insyaallah mungkin nanti kalau jumpa saya akan sharekan kay.... :)


So kalau merasakan dalam badan tu banyak angin, try and error ke atas sumber makanan kita dulu. Jumlah gas yang disebabkan oleh sesetengah makanan berbeza setiap orang. Jadi cuba kenal pasti dari sumber mana yang boleh membuatkan kita start rasa angin sebelum mengambil keputusan untuk berjumpa doktor. Cuba le kenal pasti dulu makanan apa yang kita ambil, pasti kenal pasti sumber-sumbernya. Lepas dah kenal pasti try stop dulu dalam 4-5 hari. lagi baik lebih seminggu. Pastu try satu-satu. Kalau makan cereal... Try stop jab. Pastu makan balik. Kalau ok maksudnya ok le kalau mula terasa berangin hentikan le adalah langkah yang terbaik. Kalau dah tahu tak payah jumpa doktor dah rasanya. Ini petua yang Dr Oz ajarkan dalam rancangan tu.

Tengok kat sini pulak sisipan rancangan Dr Oz yang disiarkan di Dr Oz Show:

1) How gas is produce
 
2) Foods cause flatulence or passing gas


Antara lain cara yang boleh diamalkan untuk membuang angin dalam badan adalah:

- Banyakkan minum air kosong.

- Makan perlahan-lahan dan kunyah lebih.

- Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah 


Di sini saya sertakan senarai sumber makanan yang boleh menyebabkan angin dalam badan:

1) Kekacang

2) Sayuran seperti :
      a) Brokoli
      b) Kobis
      c) Taugeh
      d) Bawang
      e) Asparagus
      f) Bendi
      g) Terung


3) Buah-buahan seperti :
      a) Pear
      b) Apple
      c) Peach

4) Bijirin seperti :
      a) Cereal
      b) Roti gandum

5) Minuman ringan dan jus buah

6) Susu dan produk daripada susu dan keju

5) Makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti
      a) Roti
      b) Bijirin
      c) Sos salad

6) Makanan bertepung

7) Pemakanan~ Jadual makan tidak teratur, pengambilan makanan yang memberi tindakbalas 'alahan' seperti nangka, labu, mee kuning, daging beku dll, kafein dan minuman soda(bergas).

8) Perubahan emosi~ 'Emotional outbursts', dari tenang menjadi marah dan dari tenang sedih. (Nota; angin berpunca dari perubahan emosi sukar keluar dari badan)


Kalau boleh amalkan

1) Banyakkan minum air kosong/air suam

  2) Kurangkan udara yang disedut  

3) Makanlah perlahan-lahan dan kuyah lebih

4) Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah

5) Jika ada yang merokok, berhentilah!  

6) Sediakan jadual. Tuliskan jenis2 makanan yang menyebabkan masalah angin


Antara petua tradisional untuk elakkan badan berangin

1) Bawang Putih
  • Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya.
  • Hiris bawang putih nipis-nipis.
  • Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas.
  • Minum ramuan ini sebulan sekali.
atau

Bawang putih ditumbuk dan dicampur dengan air panas, bagi air bawang tu keluar dan minum.


2) Lain-lain petua
  • Rebuskan Cengkih dan Halia, lepas tu minum ketika masih suam. Ulang beberapa kali..
  • Minum air rebusan daun mengkudu dan halia.
  • Kisar serai, lemon, daun pudina, madu asli, garam dan sedikit air. Amalkan minum bancuhan ini dan angin akan keluar.
  • Rendamkan kaki dalam air panas + segenggam garam kasar. Kepanasan air mengikut kesesuaian diri. Rendam sehingga 10 minit atau lebih. Semasa rendaman ini juga, cuba lakukan pernafasan yang teratur ala-ala bermeditasi gitew. Selepas 10 minit, keluarkan kaki dan lap supaya kering; . Tapak kaki akan menjadi merah dan badan berasa segar.(Nota:Semasa aktiviti ini cuba kosongkan 'mind', penuhi dgn zikir, dan jadikannya aktiviti rekreasi dengan keluarga/pasangan. Seeloknya dilakukan seminggu sekali sebelum tidur)
  • Urut perlahan-lahan urat besar di tumit dan sekitar buku lali.
  • Jika badan terlalu banyak angin, disyorkan mengambil minuman colon cleanser supaya perut dapat di 'flush out' segala kekotoran (lemak, sisa makanan, bahan-bahan toxic, lendir dsb). Perut adalah gudang penyakit. Disitu berkumpul segala punca penyakit. Setelah perut di 'flush out', kita akan berasa badan menjadi ringan dan segar.

No comments :

Post a Comment