Selamat Hari Raya

Thursday, 18 July 2013




' Salam Jumaat...Zikir Pembuka Rezeki...'

~ Melazimi 7 Zikir Pembuka Pintu Rezeki ~

1. Memperbanyak Membaca “La hawla Wala Quwwata Illa billah “
Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak
mengucapkan “La hawla Wala Quwwata Illa billah ( HR. At Tabrani )

2. Membaca ” La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin”
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka
bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa
takut dalam kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Melazimkan BerIstighfar
“Barangsiapa melazimkan beristighfar niscaya Allah akan mengeluarkan dia dari
segala kesusahan dan memberikan rezki dari arah yang tidak diduga-duga”
( HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah )

4. Membaca Surat Al-Ikhlas
“Barangsiapa mmbaca Surat Al Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan
menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya ( HR. AtTabrani )

5. Membaca Surat Al-Waqiah
“Barangsiapa mmbaca surat AlWaqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa
kesempitan hidup" (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab AlIman)

6. Memperbanyak Selawat Atas Nabi
“Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan , bila telah berlalu sepertiga malam,
Rasulullah Salallahu’alaihiwassalam berdiri seraya bersabda : “Wahai Manusia
Berdzikirlah mengingat Allah, berdzikirlah mengingat Allah. Akan datang tiupan
(sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang
kematian dan segala kesulitan didalamnya”

7. Membaca Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim
…dari setiap kalimat itu seorang malaikat yg bertasbih kepada Allah Ta’ala
sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu”
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

Sumber : -Ihya Ulumiddin – Imam AL GHAZALI

Lastly for tonight..dear..' ~ Karipap Roti Sinaran*** '

                                   Ni rupa roti yg belum dibakar, juz sapu ngan telur jer...

RESEPI KARIPAP ROTI SINARAN

Bhn2:

12 keping roti
* sebiji telur untuk egg wash

Bhn2 inti:
200 gm ayam @ daging - potong kecil2
500 gm ubi kentang / ubi keledek - potong dadu
5 ulas bwg merah *
1 ulas bwg pth *
1 cm halia *
Cili mesin - 2 s/besar
Serbuk kari ayam - 3 s/ besar
1 labu bwg besar - potong dadu
Daun sup - hiris nipis
Garam, gula dan serbuk perasa
Minyak utk menumis
Air

- tumbuk lumat bhn bertanda *.
- campurkan bhn2 tumbuk, cili mesin dan srbk kari bersama sdkt air..kacau sebati.
- panaskan minyak dan tumis bhn td hingga garing dan naik bau.
- masukkan ayam / daging dan sdkt air .
- bila ayam /dgg dah empuk, masukkan ubi kentang/ keledek bersama air secukupnya utk mengempukkan ubi td.
- masukkan juga garam, gula dan serbuk perasa.
- bila dah cukup rasa dan ubi td dah empuk, masukkan daun sup dan bawang besar yg dipotong dadu.
- gaul hingga bhn2 sebati dan betul2 kering.
- sejukkan dan sedia digunakan.

Cara buat karipap:
- panaskan oven 180C.
- gelek roti hingga nipis dan potong roti bentuk bulat guna cawan atau cutter..Liza xbuat
- letak inti dan cantumkan bhgn tepi roti dan picit bhgn keliling tepinya..
- tekan bhgn tepi roti guna garfu kecik.
- sapu karipap atas dulang dan sapu telur hingga rata, tp jgn sampai meleleh yer sbb takut nnt roti melekat kat dulang..
- bakar karipap roti lebih kurang 15 minit atau hingga perang..
# karipap boleh dikeluarkan dr oven 10 minit selepas dibakar, balikkan ia dan sapu telur pada bhgn sebelah lg, masukkan ke dlm oven dan teruskan membakar..

Mini Roti John..'


RESEPI MINI ROTI JOHN

Bhn2 inti karipap bonda:
200 gm ayam @ daging - potong kecil2
500 gm ubi kentang / ubi keledek - potong dadu
5 ulas bwg merah *
1 ulas bwg pth *
1 cm halia *
Cili mesin - 2 s/besar
Serbuk kari ayam - 3 s/ besar
1 labu bwg besar - potong dadu
Daun sup - hiris nipis
Garam, gula dan serbuk perasa
Minyak utk menumis
Air

- tumbuk lumat bhn bertanda *.
- campurkan bhn2 tumbuk, cili mesin dan srbk kari bersama sdkt air..kacau sebati.
- panaskan minyak dan tumis bhn td hingga garing dan naik bau.
- masukkan ayam / daging dan sdkt air .
- bila ayam /dgg dah empuk, masukkan ubi kentang/ keledek bersama air secukupnya utk mengempukkan ubi td.
- masukkan juga garam, gula dan serbuk perasa.
- bila dah cukup rasa dan ubi td dah empuk, masukkan daun sup dan bawang besar yg dipotong dadu.
- gaul hingga bhn2 sebati dan betul2 kering.
- sejukkan dan sedia digunakan.
- sesuai utk roti john, karipap, inti puff segera, inti roti, inti mini murtabak dll...
- blh jugak disimpan dlm fridge utk tahan lama...bila nak guna, keluarkan dan biar lembut baru guna..



Bhn2 lain:
Roti hotdog - belah 2
Telur secukupnya - dikocok
Inti karipap
Sedikit butter

- satukan telur kocok dgn inti karipap yg diperlukan.
- panaskan butter, letak telur + inti karipap td secara memanjang ( ikut bentuk roti) dan terus letak roti hotdog diatasnya..
- masak hingga telur + inti masak dan roti sedikit garing, balikkan..
- bakar sekejap shj dibhgn luar..
- angkat dan sedia dihidang..
* blh jugak dipicit mayonis atau sos cili atau sos blackpepper..tp Liza suka mkn cmtu je, dah cukup rasa...

My Favorite ~ mesti cuba..anak-anak pun suka..mengenyangkan..' :)

Makaroni Bakar



Makaroni Bakar
By Shikin



Bahan-bahan 
300gm makaroni - saya guna jenis elbow
250 gm daging cincang
4 biji telor (pukul kembang)
3 sudu rempah kari
2 labu bawang besar
1 tin susu cair
1 cawan air
sedikit keju parut
minyak utk menumis & garam
cili merah
lada benggala
daun sup & daun bawang
karot - hiris halus memanjang

* bahan-bahan yang berwarna merah saya tambah


Cara-cara
  1. Rebus makaroni hingga empuk & toskan
  2. Kemudian panaskan minyak & tumis bawang besar bersama rempah kari sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukan daging & kacau rata hingga daging masak
  4. Selepas itu masukkan susu garam dan gula. Kacau rata
  5. Masukan makaroni,air,cili, daun sup daun bawang dan karot . Kacau hingga mendidih.
  6. Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapu minyak.Tuangkan telor dan taburkan keju. 
  7. Bakar selama 180 C (45 minit}

Simple & sedap ~ Suci Dalam Debu...'

Suci Dalam Debu

Sesetengah orang panggil biskut ni Popia Salju. Ada juga yang sebut Suci Dalam Debu. Tak kisahlah apa namanya, yang pasti biskut ni memang sedap dan sentiasa menjadi rebutan he he.

Bukannya apa, sebab rasanya yang crunchy dan sedap. Makan banyak-banyak pun tak jemu sebab rasanya yang lemak-lemak manis. Hmmm...memang sedap. Cuma tang nak melipat kulit popia tu yang lambat sikit. Tapi takpa, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Ok mari kita tengok resepi Suci Dalam debu ni...



Suci Dalam Debu
by Shikin @ Dari Dapur Ummi

Bahan-Bahannya
1 bungkus kulit popia (saiz sederhana)

- kulit popia dipotong 4 secara memanjang dan dilipat 4
*updated - boleh juga digamkan dengan bancuhan tepung gandum bersama sedikit minyak masak untuk mengelakkan ia terbuka. 
- goreng dalam minyak yang banyak sehingga berwarna kuning keemasan
- angkat dan toskan

Untuk bahan tabur
1 cawan nestum
1/2 cawan susu tepung
1/4 cawan gula
- blend bahan-bahan diatas sehingga halus
- golekkan kulit popia yang telah kering minyak tadi di atas serbuk tersebut
- isikan di dalam bekas kedap udara

Hmmm..gebu dan enak...Biskut Bunga Cina..' :))

Biskut Bunga Cina


Biskut Bunga Cina 
By Shikin
Resepi : Kak Jee
Bahan2nya:
2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung ubi
100 gm butter
1 biji telor
90 gm gula caster
Cara membuatnya:
Mentega dibiarkan dalam suhu bilik. Lepas tu pukul sama gula sampai kembang. Masukkan telor dan pukul lagi sampai kembang.
Sementara itu, ayak tepung jagung dan tepung ubi. Masukkan sedikit sedikit ke dalam bancuhan butter dan gaul perlahan sampai jadi doh. 
Pastu gunakan acuan semperit dan tekan. Bubuh ceri di tengah.(Saya letak coklat cip)
Bakar selama kira2 8 minit suhu 170 darjah. Sejukkan dan simpan.
Kalau tak nak bubuh warna purple (ungu) bubuhlah sedikit pewarna kuning supaya nampak berseri sedikit biskut ni. Tapi kalau nak kekalkan warna putih pun apa salahnya. Selamat mencuba.

untuk Peminat Biskut Almond ~ cubalah...! '

Almond Rocher


ALMOND ROCHER
By Shikin
Resepi : http://anyambakul.blogspot.com

Bahan-Bahan
1. Dark/milk compaund (campur 2-2 sama byk)
2. Nutella 2sudu je(saya tak letak)
3. Badam potong
4. Coklat hiasan


Cara Membuatnya

badam ni masuk oven jap, bakar dlm 10minit kasi perang2 keseluruhan
Coklat tadi cairkan secara double boiler tu, then masukkan badam, kacau rata
*kuantiti tu pandai2 la anggar byk mane, xske coklat byk, buh skit je ^_^
then masukkan dalam papercup
tabur la coklat hiasan kasi nmpak meriah, xletak pun xjejas ape2 :p (saya letak coklat putih)

masukkan dalam peti, sejukkan dlm 10minit, terus keras coklat tu, boley taruk dlm bekas, tp guna coklat homemade ni, x boley letak kt tmpat2 panas ler, cair smula coklat tu,

Biskut Yang Enak...favoret nihh...' :)

200 GM BUTTER 
80 GM GULA ICING
1 BIJI KUNING TELOR
1 SUDU KECIL ESEN VANILLA
*125 GM TEPUNG GANDUM
*100 GM TEPUNG JAGUNG
*125 GM TEPUNG KASTARD CAP BUNGA RAYA
HIASAN
TERPULANG PADA MASING MASING NAK LETAK APA PUN BOLEH TAPI LAGI SEDAP KALAU BUBUH COKLAT CHIP

BAHAN BERTANDA * DIAYAK

CARANYA
TANPA MENGUNAKAN MIXER JUST GUNA WHISK SAHAJA
PUKUL BUTTER DENGANN GULA
MASUK KUNING TELOR ,ESEN VANILLA DAN PUKUL PELAHAN SUPAYA MESRA
AKHIR SEKALI MASUK KAN TEPUNG2 YANG DI AYAK TADI SEDIKIT DEMI SEDIKIT .DAN KAUP DENGAN PERLAHAN2 SUPAYA MENJADI DOH
GUNAKAN ACUAN SEMPERIT PECAH 15.TEKAN DI ATAS DULANG YANG TELAH DILENGSER  DENGAN SEDIKIT BUTTER
BAKAR PADA SUHU 170 API BAWAH SAHAJA SELAMA 15- 20 MINIT ATAU  FOLLOW PADA OVEN MASING2

SELAMAT MENCUBA ..

TIPS
SUPAYA BISKUT TIDAK KEMBANG ATAU DEBAB
MASA MIX BUTTER DENGAN GULA JGN LAMA SGT ASALKAN SEBATI SAJA.

Berkongsi Resepi - Buah Melaka'

buah melaka ni mmg pemes bila menjelang ramadhan kan
mgkin sbb rasanya yg manis
dan membuatnya pun sgt mudah
ni je bahan2 yang digunakan
utk adunan, aku gunakan 3 cawan tepung pulut, 1/2 cawan tepung gandum, secubit garam dan air daun pandan yang dikisar
utk naikkan warna, aku titiskan 2-3 titik pewarna hijau
masukkan air skit2 ke dalam tepung hingga adunan boleh diuli dan x lekat pada tgn
selain tu, kelapa parut putih dan 2-3 keping gula melaka
potong gula melaka tu kecil2 ikut le nak besar mana
ambil secubit adunan, letak gula di tgh2
bungkus dengan kemas dan bentukkan bebola kecil
masukkan dlm periuk yg berisi air yg telah didihkan
kuih telah masak bila terapung di permukaan periuk
aku suka biarkan lama skit terapungnya, nk bg gula kat dlm tu cair
tp jgn lama sgt, kang jadi lembik plak
cedok guna penapis
masukkan trus ke dalam bekas kelapa parut
sblm tu, kelapa parut tu gaul ngan garam skit
nah..! semua dah bergaul mesra

Monday, 15 July 2013

Puisi...'

Kubah iman

Tenggelam dalam rasa
terduduk dan terngadah
tergambar wajah wajah kudus
zikir dan doa doa
berlantunan ke udara
ke dada langit cerah
jua kelamnya
seakan terbelah sang malam
bintang bintang bersinar terang

di hujung ranting masa
manusia masih alpa
dunia berputar ligat
melontar keringat
pada nipisnya harap

sedang azan lunak berkumandang
memanggil insan
mencapai jaya
mencapai teguh iman
pada kubah kehidupan.

Nooriza Khalid 11.15 pm:13/07/13
 

250 K tetamu Allah Jumaat Pertama Ramadhan di Masjidil Aqsa'...




Gambar: 250 K Tetamu Allah Jumaat Pertama Ramadahan

Semalam, merupakan Jumaat pertama Ramdhan menyaksikan Masjid Al-Aqsa dibanjiri tetamu Allah dengan lebih dari 250 ribu jemaah bersembahyang di dalamnya ditengah-tengah kawalan ketat rejim penjajah Israel.

Jemaah yang datang dari arah Qalandya terpaksa duduk dipersimpangan jalan masuk ke masjid terutama mereka yang berumur 35 tahun ke bawah, menyaksikan kawalan ketat rejim yang terlalu teruk dan buruk.

"Saya terlalu rindu untuk berdoa di Masjid Al-Aqsa" kata Abdul Latif Nasry - 35 tahun dari kem pelarian Al-Emary yang datang bersama ribuan rakyat Palestin yang lain, datang sejak waktu Fajr untuk bersembahyang subuh terpaksa melalui pos kawalan yang ketat, bertengkar dengan tentera rejim hanya kerana umurnya yang muda.

Beribu-ribu polis rejim Israel dilihat melakukan pos kawalan sejak awal pagi terutamanya di pintu masuk ke Jerusalem, lorong-lorong dan jalan-jalan, tentera dilihat sentiasa menahan anak-anak muda meneliti identiti mereka memastikan mereka tidak dari Tebing Barat, terdapat anak-anak muda melompat ke atas dinding dan memasuki bandar Baitul Maqdis walaupun banyak halangan dan diperhati dari menara.

Pengarah dan Ketua Masjid Al-Aqsa, Dr. Najeh Bukairat berkata, "Hari ini - Jumaat - merupakan hari terlalu istimewa buat rakyat Palestin dalam bulan Ramadhan, sehingga mereka sanggup beratur untuk datang ke sini sejauh 3 kilometer sebelum dibenarkan memasuki masjid".

Seramai 3,000 tentera rejim Israel dikerahkan mengawal semua pihtu masuk ke bandar lama ini.

Ramadhan al Mubarak..'

Dr Zaharuddin : BONUS BULAN PUASA'

SERONOK HAKIKI DAN SEMENTARA

Keseronokan jiwa yang hadir kerana dipermudahkan cara untuk memiliki rumah dalam belanjawan baru-baru ini lebih didapat dilihat dan dihayati oleh ramai daripada keseronokan untuk memasuki bulan yang dipermudahkan jalan pemilikan rumah syurga di akhirat yang kekal abadi.

Mengapa ini boleh berlaku kepada hati kita?. Apakah silapnya? Mengapa dan mengapa?. Pernahkah kita memikirkan mengapa gembira berpeluang dapat harta akhirat sebagaimana kita gembira mendapat harta dunia.

"Ya Allah, bantulah kami yang telah menzalimi diri kami, tiada tuhan melainkanMu dan engkaulah yang maha pengampun"

TAWARAN BONUS LUAR BIASA

Justeru, niat yang ikhlas dan benar ketika melaksanakan kewajiban Ramadhan adalah kunci kepada ‘bonus' yang ditawarkan oleh Allah. Bermakna, barangsiapa yang berpuasa Ramadhan bukan kerana Allah tetapi disebabkan oleh rasa malu kepada rakan-rakan, atau ter'paksa' menuruti suasana atau hanya ingin menunjuk-menunjuk dan lain-lain sebab keduniaan, tiadalah orang seperti ini layak mendapatkan ‘bonus' dan tawaran istimewa ‘pahala luar biasa' yang ditawarkan oleh Allah.

Selain itu, pahala ‘bonus' ini juga boleh tergugat dengan amalan-amalan keji bercakap buruk seperti maki, mencarut, mengeji orang, mengumpat, memfitnah dan apa-apa yang berkaitan dengan dosa lidah dan anggota juga akan menipiskan lagi ganjaran pahala seseorang walaupun ia berniat benar ketika berpuasa. Ini ditegaskan oleh Nabi SAW dalam sebuah hadith ertinya

"Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkala puasa, maka tiada hajat Allah baginya (kerana pahala akan terhapus) walaupun meninggalkan makanan dan minumannya" (Riwayat Al-Bukhari, 4/1903 - Fath al-Bari).

Beberapa ulama seperti Abu Gharib Al-Asfahani, Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Prof. Dr Muhd Uqlah Ibrahim (Ulama Fiqh di Jordan) serta lain-lainnya berpandangan bahawa di samping pahala yang berganda. Perlakuan dosa juga bertambah serius di bulan mulia ini. Beliau ada mengutarakan beberapa dalil, bagaimanapun sukar untuk saya muatkan di ruangan terhad ini. Sebagai jalan terbaik, jauhilah dosa sejauh-jauhnya di bulan ini kerana perlakuan dosa didalamnya adalah sesuatu yang serius.



SYAITAN KENA GARI?

Umat Islam perlu lebih fokus untuk mencapai kebaikan di bulan ini. Nabi SAW telah menyebut juga bahawa pintu syurga dibuka, ditutup pintu neraka serta dibelenggu para syaitan (Riwayat Al-Bukhari, 1/18 ; Muslim, 1/41) ; terdapat juga ulama yang mengatakan bahawa bulan ini dinamakan ‘Ramadhan' (yang bermaksud panas) oleh Allah SWT kerana bulan ini adalah bulan menghanguskan dosa. (Mughni, Ibn Quddamah, 4/116).

Ada pula yang bertanya berkenaan erti Syaitan di belenggu dalam hadith di atas. Sebahagian ulama berpandangan bahawa ia membawa maksud ketidakmampuan Syaitan menguasai orang yang berpuasa sebagaimana penguasaannya di luar bulan ramadhan. ( Al-Muntaqa Min At-Targhib Wa at-Tarhib, Al-Munziri dan Al-Qaradawi, 1/313 )

Ada juga yang menyebut sebahagian jenis Syaitan yang utama sahaja di belenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini. Walaubagaimanapun, sebenarnya ia adalah akibat dorongan nafsu jahat yang telah lama terdidik dan terbiasa dengan ajakan Syaitan. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan utama di belenggu. (Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Syeikh Atiyyah Saqar, 2/13).

MARI MAKSIMUMKAN BONUS RAMADHAN

Bagi memastikan kesohihan puasa serta mampu memaksimakan pahala dan keuntungan dari Ramadhan, amalan yang berdasarkan nas yang kuat berikut perlu dilakukan:-

1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.

2) Besahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana). Nabi SAW bersabda :

" Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur" (Muslim, 2/770).

Selain itu, Nabi juga bersabda : "Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya" ( Al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim).

Baginda SAW juga menyebutkan bahawa Malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yang bersahur. (Riwayat Ahmad, 3/12 ; Hadith Hasan).

Selain makan tatkala itu adalah amat digalakkan kita untuk mendirikan solat sunat tahajjud, witr dan beristifghar dan lain-lain amalan sebelum menunaikan solat subuh berjemaah(bagi lelaki).

Adalah amat tidak digalakkan bagi seseorang yang bersahur dengan hanya makan di sekitar jam 12 malam sebelum tidur. Kebanyakan individu yang melakukan amalan ini sebenarnya amat merasa berat dan malas untuk bangun di tengah malam. Ia pada hakikatnya adalah tidak menepati sunnah yang diajarkan oleh Baginda SAW.

3) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.

Terdapat ramai ulama silam menyebut tentang kepentingan mendahulukan membaca al-quran di atas amalan sunat seperti menelaah kitab, membaca hadith dan lain-lain. Ia adalah salah satu amalan yang paling diambil berat oleh Nabi SAW ketika baginda membacanya bersama Malaikat Jibrail as. Hal ini disebut di dalam hadith al-Bukhari.



4) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.

Sepanjang waktu kita sedang menjalani ibadah puasa, ia adalah sentiasa merupakan waktu yang sesuai dan maqbul untuk kita berdoa, sebagaimana di tegaskan oleh Nabi S.a.w :-

ثلاثة حق على الله أن لا يرد لهم دعوة : الصائم حتى يفطر والمظلوم حتى ينتصر والمسافر حتى يرجع

Ertinya : Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang berpuasa sehingga bebruka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan orang bermusafir sehinggalah ia pulang" (Riwayat Al-Bazaar,

Sebuah hadis lain yang hampir sama maksudnya menyebutkan :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حتى يفطر والإمام العادل ودعوة المظلوم

Ertinya : Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah ; Hadis Hasan menurut Imam At-Tirmidzi dan Ibn Hajar, sohih menurut Syeikh Ahmad Syakir)

5) Memperbanyakkan doa ketika hampir berbuka

Ini kerana tahap maqbul tatkala itu semakin hebat berdasarkan hadith Nabi s.a.w :

إن للصائم عند فطره لدعوة ما ترد

Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala wkatu berbukanya,adalah waktu doa yang tidak ditolak ( Riwayat Ibn Majah ; Sohih)

6) Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib.

Berdasarkan hadith Nabi SAW :

لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر

Ertinya : "Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepannjang kamu menyegerakan berbuka" ( Riwayat Al-Bukhari, 4/1957).

Berbuka juga perlu didahulukan sebelum menunaikan solat maghrib, malah jika pada hari tersebut tahap kelaparan kita agak luar biasa, lebih baik kita berbuka dan makan sekadar kelaparan tidak mengganggu solat Magrhib kita.

Disebutkan bahawa tidaklah Nabi SAW menunaikan solat Maghrib kecuali setelah berbuka walaupun hanya dengan segelas air. (Abu Ya'la dan al-Bazzar : hadith Hasan).

7) Adalah digalakkan pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab ( kurma basah) atau tamar (kurma kering) sebagai mengikuti sunnah, dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk air.

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يفطر على رطبات قبل أن يصلي فإن لم تكن رطبات فعلى تمرات فإن لم تكن حسا حسوات من ماء

Ertinya : Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rotab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air" ( Riwayat Abu Daud, Ahmad & At-Tirmidzi)

Sambil memboca doa berbuka yang sohih dari nabi iaitu

ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله

" Zahaba az-Zama u wabtallatil ‘uruq wathabatal ajru InsyaAllah"

Ertinya : "Telah hilanglah dahaga, telah basah urat leher dan telah tetap mendapat pahalanya InshaAllah " Riwayat Abu Daud, 2/2357 : Hadith Hasan menurut Albani). Atau doa-doa makan yang biasa.
Amat disunatkan untuk menyedeqahkan harta bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin. Nabi SAW bersabda :

من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا

Ertinya : Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi).

Disebut dalam sebuah hadis lain

ومن أشبع صائما سقاه الله من حوضي شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة

Ertinya : Barangsiapa yang mengenyangkan seorang yang berpuasa ( berbuka), Allah akan memberinya minum dari telagaku ini dengan satu minuman yang tidak akan haus sehinggalah ia memasuki syurga " (Riwayat Al-Baihaqi ; Ibn Khuzaymah dalam Sohihnya : rujuk juga Tuhaftul Ahwazi, )

9) Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian. Ia berdasarkan hadith riwayat An-Nasaie yang sohih. Boleh juga untuk menunaikannya separuh di masjid dan separuh lagi di rumah, terutamanya bagi sesiapa yang ingin melengkapkan kepada 20 rakaat.

10) Bersiwak (iaitu menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi). Ia juga sohih dari Nabi SAW dari riwayat al-Bukhari.

Renungan Ramadhan : Bismillahi..' yang Maha Pemurah lagi Penyayang .

Imam Muda Asyraf :

Mana ada orang yang selera makannya slps bangun tidur. Jam 4-5pagi pulak tu. Bangun lawan mengantuk semata2 nak makan?

Mustahil. Kita bukan jenis yg 'kebulur' tengah pagi buta. Namun hakikatnya kita berjaya bangun atas nama 'sahur'..

Walau berat, namun sahur tetap diraikan. Kita bangun tidur bukan kerana lapar.

Namun kita menyelak selimut, melawan mengantuk kerana 'IMAN'.. Tanpa iman, tidak terdaya selimut dialihkan walau ia juara angkat berat sekalipun.

Sedar atau tidak sedar, kita sebenarnya sedang dlm projek mega mencapai taqwa. Tangga taqwa perlahan2 diredahi. Kadang rasa takut Allah itu sudah wujud dlm hati kita. Namun kita tidak sedari. Yg kita nikmati hanyalah kemanisan 'iman'. Itulah Allah. Diberinya kasih sayang kpd hambaNya dgn menanamkan rasa 'iman' kpdNya.

Saturday, 13 July 2013

DOA YANG DIKABULKAN.

SEMOGA DOA KITA DIKABULKAN OLEH ALLAH S.W.T.


Syarat dikabulkan doa

1. Yakin bahawa Allah S.W.T. akan mengabulkannya
Sabda Nabi S.A.W.,”Berdoalah kalian kepada Allah S.W.T. dan kalian harus yakin akan dikabulkannya.”(HR Tirmidzi)
Nabi juga bersabda,”Jika salah sorang dari kalian berdoa, maka janganlah ia mengatakan,”Ya Allah,berilah ampunan kepadaku jika Engkau menghendakinya.” Tapi hendaknya ia bersungguh-sngguh dengan permintaannya itu.”(HR Bukhari dan Muslim)


2. Khusyuk ketika menghadap Allah S.W.T.
Sabda Rasulullah S.A.W.,”Ketahuiah bahawa Allah tidak akan mengabulkan doa dari hati-hati yang lalai dan bermain-main.” (HR Tirmidzi)


3. Tidak terburu-buru
Rasulullah S.A.W. bersabda,”Akan dikabulkan doa salah seorng di antara kalian selama ia tidak terburu-buru.”
Terburu-buru di sini bermaksud ketidaksabaran dalam menanti doa dimakbulkan hingga akhirnya membawa kepada putus asa dalam berdoa(memberhentikan doa).


4. Memakan makanan yang halal
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda,”Orang lelaki itu kelihatan kotor dan berdebu kerana perjalanan yang panjang. Kemudian dia mengangkat kedua tangannya ke langit dan berkata,”Wahai Tuhanku, Wahai Tuhanku1″, tetapi makanannya adalah haram, minumannya adalah haram, pakaiannya adalah haram, dan dia telah memakan yang haram. Maka bagaimana mungkin doanya akan dimakbulkan?”(HR Abu Daud, an-Nasa’i, Imam Ahmad)


Maka, sebelum kita mengeluh dan terus mengeluh dengan doa-doa kita, jom sama-sama betulkan diri dan berdoa dengan lebih baik lagi. Semoga sama-sama beroleh keredhaanNya dan segala yang dihajati.

MUHASABAH DIRI

KESAN-KESAN MAKSIAT TERHADAP HATI ORANG MUKMIN


Berkata Imam Malik kepada Imam Syafie ketika mereka bertemu:
``Sesungguhnya aku dapat melihat bahawa Allah S.W.T. telah mencampakkan cahaya di dalam hati kamu. maka janganlah kamu padamkannya dengan kegelapan maksiat"

Cahaya yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. ke dalam hati seorang mukmin itu akan beransur-ansur lemah apabila perbuatan maksiat bermaharajalela.
Akhirnya cahaya itu akan padam dan hati akan diselaputi oleh kegelapan yang pekat. Berapa ramai yang telah binasa, jatuh dalam kegelapan disebabkan mereka tidak dapat melihat (cahaya kebenaran.).
Mereka umpama orang buta yang berjalan di waktu malam di jalan yang penuh ranjau dan duri.
Kemudian kegelapan itu bertambah kuat melimpah daripada hati ke anggota badan seluruhnya.
Tertutuplah wajah-wajah mereka dengan kehitaman disebabkan kekuatan kegelapan tadi.
Seterusnya jika mereka mati, kubur-kubur mereka dipenuhi kegelapan.

Islam Dan Iman

ORANG-ORANG YANG MENDAPAT KEAMANAN DAN PETUNJUK


Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Sesiapa yang apabila diuji dia sabar, apabila diberi lalu bersyukur, apabila dianiaya lalu memaafkan, berbuat aniaya (kepada dirinya) lalu beristigfar (bertaubat), mereka adalah orang-orang yang memperoleh keamanan dan petunjuk".

(Riwayat Baihaqi melalui Samurah)


SIAPAKAH MANUSIA YANG TERBAIK DAN SIAPAKAH MANUSIA YANG TERBURUK?


Rasulullah s.a.w. bersabda:  " Sebaik-baik manusia adalah orang yang panjang umurnya dan baik amalannya. Adapun seburuk-buruk manusia adalah orang yang panjang umurnya tapi buruk amalnya."
(Riwayat Ahmad, Tirmidzi dan Al-hakim


BAGAIMANAKAH ALLAH S.W.T MENCIPTAKAN ALAM INI?

Bila Allah S.W.T. berkehendak untuk mengadakan atau menciptakan sesuatu, Allah S.W.T. hanya mengucapkan satu perkataan yang bersifat perintah, iaitu 'kun', yang ertinya 'jadilah'. Dengan mengucapkan kata kata 'kun' itu, maka tercipta apa yang dikehendaki Allah S.W.T.

Dengan cara begitu, maka terciptalah bumi dengan lautan dan daratannya, bergunung ganang dan jurang, lengkap dengan tumbuh tumbuhan dan segala jenis haiwannya.


Terciptalah matahari dengan cahayanya yang terang benderang, bulan dengan sinarnya yang berkemilauan, dan bintang bintang dengan cahayanya yang gemerlapan. Semuanya beredar diangkasaraya dengan peredaran yang teratur, menurut sunnah (penetapan) Ilahi yang mencipta dan mengaturnya, tanpa cacat celanya.


Kemudian diciptakan Allah S.W.T. pula para Malaikat yang selalu patuh menjalankan segala perintah Allah S.W.T. yang menciptanya, mengerjakan ibadat dan tugas masing masing yang sudah ditetapkan Allah S.W.T. bagi mereka. Diantara mereka ada yang menjadi penjaga bumi, penjaga langit dan ada pula yang menjadi Pesuruh Allah, sebagai perantara antara Allah S.W.T. dengan makhlukNya. Dalam menjalankan berbagai tugas itu, mereka selalu bertasbih mensucikan Allah S.W.T.


Setiap sesuatu yang kita lihat sekarang ini dahulunya belumlah ada, dahulu tidak ada manusia dan binatang, tidak ada tumbuh tumbuhan, tidak ada bumi matahari, bulan dan bintang. Dengan kudrat dan iradatNya Allah S.W.T. lalu menciptakan segala apa yang ada dan kita lihat sekarang ini.


Diciptakan oleh Allah S.W.T. langit dan bumi dan apa yang terdapat antara keduanya didalam waktu enam hari. Hari yang bukan bererti siang dan malam seperti yang lazim kita pergunakan sekarang ini. tetapi had yang bererti proses pertumbuhan atau masa, yang lamanya hanya Allah S.W.T. saja yang Maha Mengetahui.

DELIMA ~ Makanan Sunnah Nabi Saw. '

Buah Delima terkenal dengan nama 'superfruit' mengandungi antioksidan yang tinggi,terdiri dari asid ellagik yang baik untuk melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian menunjukan buah delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk. Kajian keatas tikus makmal juga membuktikan delima mampu merencat pembentukan kanser paru-paru, melambatkan pertumbuhan kanser prostat. Dalam kajian yang melibatkan 50 pesakit kanser prostat, pengambilan delima mampu menstabilkan aras PSA.

Pengambilan buah delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam salurdarah arteri, mengurangkan aras kolesterol jahat dan meningkatkan aras kolesterol baik. Delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular. 


Kajian juga menunjukan buah delima boleh mencegah penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer. Dalam satu kajian tikus yang dibiak untuk mengalami penyakit Alzheimer setelah diberi delima dan didapati plaque amiloid dalam otak tikus itu kurang dan melaksanakan tugas minda lebih cergas berbanding tikus kawalan.

Beberapa kajian menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi. Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak daripada rosak selepas tercedera.

Penceritaan Buah Delima di dalam Al Quran

Di antara potongan ayat yang terdapat di dalam al quran seperti berikut:,
"Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima," [Surah al Rahman ayat 68].

 
Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Sudah tentu jawapannya buah delima mempunyai pelbagai khasiat.


KHASIAT SERAI


Manfaat kesihatan serai merangkumi pelbagai ciri terapeutik dan tindakan penyembuhan dari herba ini, termasuk diuretik, antiseptik, analgesik, pengeluar angin, penenang saraf, galactogogue, tonik, sedatif, antidepresan, penghalang bakteria, penghapus kulat, antimikrobial, penurun panas badan, astringen, menghapus bauan busuk (deodoran) dan banyak lagi yang lain.
Yang pasti, faedah serai diperolehi daripada kandungan yang sangat kaya dengan ubatan herba: terutamanya antioksidan, beta karotena dan vitamin lain, sejumlah unsur-mikro (microelemen) dan lain-lain nutrisi. Senarai kegunaan perubatan herba ini diantaranya :

v  Serai telah berabad-abad lamanya digunakan sebagai perangsang sistem imun yang berkesan dan sebagai pencegah gangguan dan penyakit-penyakit serius.
v  Herba semulajadi ini dapat membantu mencegah pelbagai masalah bersangkutan pencernaan termasuk gastroenteritis, senak, hilang selera makan, angin, kembung perut dan sebagainya.
v  Produk serai boleh digunakan untuk merangsang peredaran darah dan merendahkan tekanan darah.
v  Salah satu daripada manafaat serai untuk kesihatan yang paling penting ialah merendahkan paras kolesterol LDL dalam darah.
v  Penyelidikan menunjukkan bahawa serai mempunyai kuasa anti-kanser yang besar dan boleh melindungi terhadap beberapa jenis kanser termasuk kanser kolon.
v  Manafaat serai termasuk ciri-ciri antibakteria dan antikulat.
v  Ini adalah salah satu remedi herba yang boleh digunakan untuk mengurangkan demam. Di samping itu, penyembuhan yang menggandungi serai berkesan dalam merawat batuk, selsema, bronkitis dan penyakit-penyakit lain.
v  Penggunaan infusi serai dan minyak serai dapat mengurangkan keterukan sakit artritis dan reumatisme.
v  Manfaat kesihatan diuretik serai dapat membantu memperbaiki fungsi buah pinggang dan pundi kencing, serta merangsang detoksifikasi dan mempercepatkan penyingkiran toksin daripada badan.
v  Herba serai boleh digunakan untuk melega gejala tekanan seperti ketakutan, kebimbangan, kegelisahan, dan sebagainya.
v  Faedah Kesihatan serai termasuk melegakan insomnia dan gangguan tidur.
v  Herba serai disyorkan kepada wanita yang mengalami PMS yang teruk atau gangguan pusingan haid.
v  Serai dapat digunakan bagi menyelaras (toning) otot dan tisu.
v  Manafaat serai termasuk kesan positif rawatan keatas kulit: mencegah radang kulit, membantu menghilangkan radang bintik, jerawat, meredakan kesakitan ekzema, dermatitis dan sebagainya.
v   penghalau nyamuk / penyembur kimia
: Banyak dikomesialkan sebagai minyak Citronella dan lilin untuk menghalau serangga, nyamuk dan pengharum rumah.
v  Perisa Makanan
: Minyak Citronella juga digunakan sebagai agen perasa makanan, minuman, barang-barang bakar, bijirin, gula-gula, produk tenusu gelatin dan puding.
v   Veterinar
: Minyak sebagai sebahagian dari komponen bahan menghalang anjing dari mengawan.
v  Aromaterapi
: Juga digunakan dalam aromaterapi.

Sumbangan Sebagai Ubatan
Serai mempunyai banyak kegunaan. Di antaranya ialah:-

Daun
• Mencuci hanyir pada daging itik dan kambing.
• Daun serai yang dibalut dengan besi atau batu panas digunakan untuk tuaman dan bertungku pada kawasan urat saraf yang lemah, penyakit bisa otot-otot, sendi, mengecutkan rahim yang bengkak, memecahkan lendir, darah dan angin.
• Daun serai dan jintan hitam digiling untuk di jadikan ‘paste’ bagi ditampal di dahi untuk melegakan sakit kepala seperti angin meriam dalam pantang bersalin. Campuran pada rempah ratus untuk di jadikan ‘paste’ bagi merawat bengkak-bengkak sendi dan otot.
• Air rebusan daun serai digunakan bagi mandian ibu dalam pantang selepas bersalin dan untuk penyakit lemah otot dan sendi

Batang dan akar pokok serai digunakan untuk:-
• Membantu mengubati masalah sakit perut dan memecah gumpalan angin serta melepaskan angin melalui dubur (kentut) dan mulut (sendawa).
• Dapat membantu mengimbangkan kestabilan hormon.
• Sebagai makan harian berlauk, menambahkan aroma hidangan serta membantu meringankan keadaan keracunan pemakanan.
• Campuran dengan rempah ratus mempunyai khasiat bagi merawat kesihatan sistem dalaman badan.
• Membantu melawaskan dan melancarkan pembuangan air kecil.
• Pencegah nyamuk dan gigitan bisa.
• Di jadikan bahan wangian, syampu dan losyen.
Bunga Serai sering di gunakan bagi:-
• Pencegahan kehamilan manusia dan binatang.
• Penyegar dan pelembab kulit (awet muda).
• Kesihatan dan kesegaran rahim

KHASIAT SERAI
Berikut ini merupakan beberapa khasiat serai yang belum banyak diketahui:
- Mencegah kanser
Satu kajian mendedahkan bahawa setiap 100 gram serai mengandungi antioksidan yang boleh mencegah kanser. Pada tahun 2006, satu pasukan penyelidik dari University Gurion di Israel mencari sebatian dalam batang serai yang boleh mematikan sel kanser tanpa merosakkan sel sihat.
- Ubat gangguan pencernaan
Teh serai membantu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, masuk angin, kejang usus dan cirit-birit. Serai juga membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.

- Detoksifikasi
Serai mempunyai sifat detoksifikasi tubuh dengan meningkatkan jumlah dan kekerapan buang air kecil. Hal ini boleh membuat organ pencernaan, hati, pankreas, buah pinggang, dan kandung kemih bersih dan sihat kerana zat beracun dan asid urat telah disingkirkan.
- Manfaat pada sistem saraf
Minyak asiri (minyak esensial) serai boleh digunakan untuk menguatkan dan meningkatkan fungsi sistem saraf. Kerana minyak serai yang disapukan ke permukaan tubuh memberikan kesan menghangatkan, melemaskan otot dan meredakan kejang.
     - Menurunkan tekanan darah
Serai berkesan dalam mengurangkan tekanan darah, merangsang peredaran darah dan menghilangkan masalah tekanan darah. Pengambilan segelas jus serai dapat menurunkan tekanan hipertensi.
- Sebagai analgesik
Serai meringankan semua jenis peradangan dan iritabiliti yang berkaitan dengan kebanyakan jenis sakit. Jadi, jika seseorang mengalami sakit gigi, sakit otot, sakit sendi, atau sakit-sakit, teh limau berserai pasti dapat membantu.

- Kulit indah
Serai merupakan asas dalam industri kosmetik. Di antara manafaatnya ialah; mengurangkan jerawat dan berfungsi sebagai penyegar. Minyak serai juga boleh disapu ke seluruh tubuh untuk memberi kesan menghangatkan.
- Kesihatan wanita
Pengambilan teh serai dapat mengurangkan sakit haid dan rasa mual.
_ Menyegarkan dan Menyejukan
Meminum segelas serbat (rebusan) daun serai dalam cuaca panas dapat menyegar dan menyejukan badan.