AidaRina HOMESTAY

Selamat Hari Raya

Monday, 15 July 2013

250 K tetamu Allah Jumaat Pertama Ramadhan di Masjidil Aqsa'...




Gambar: 250 K Tetamu Allah Jumaat Pertama Ramadahan

Semalam, merupakan Jumaat pertama Ramdhan menyaksikan Masjid Al-Aqsa dibanjiri tetamu Allah dengan lebih dari 250 ribu jemaah bersembahyang di dalamnya ditengah-tengah kawalan ketat rejim penjajah Israel.

Jemaah yang datang dari arah Qalandya terpaksa duduk dipersimpangan jalan masuk ke masjid terutama mereka yang berumur 35 tahun ke bawah, menyaksikan kawalan ketat rejim yang terlalu teruk dan buruk.

"Saya terlalu rindu untuk berdoa di Masjid Al-Aqsa" kata Abdul Latif Nasry - 35 tahun dari kem pelarian Al-Emary yang datang bersama ribuan rakyat Palestin yang lain, datang sejak waktu Fajr untuk bersembahyang subuh terpaksa melalui pos kawalan yang ketat, bertengkar dengan tentera rejim hanya kerana umurnya yang muda.

Beribu-ribu polis rejim Israel dilihat melakukan pos kawalan sejak awal pagi terutamanya di pintu masuk ke Jerusalem, lorong-lorong dan jalan-jalan, tentera dilihat sentiasa menahan anak-anak muda meneliti identiti mereka memastikan mereka tidak dari Tebing Barat, terdapat anak-anak muda melompat ke atas dinding dan memasuki bandar Baitul Maqdis walaupun banyak halangan dan diperhati dari menara.

Pengarah dan Ketua Masjid Al-Aqsa, Dr. Najeh Bukairat berkata, "Hari ini - Jumaat - merupakan hari terlalu istimewa buat rakyat Palestin dalam bulan Ramadhan, sehingga mereka sanggup beratur untuk datang ke sini sejauh 3 kilometer sebelum dibenarkan memasuki masjid".

Seramai 3,000 tentera rejim Israel dikerahkan mengawal semua pihtu masuk ke bandar lama ini.
Posted by Unknown at 15:14
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

No comments :

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments ( Atom )
cupcake

About Me

Unknown
View my complete profile

my readers

Blog Archive

  • ►  2014 ( 3 )
    • ►  November ( 3 )
  • ▼  2013 ( 64 )
    • ►  November ( 5 )
    • ►  September ( 6 )
    • ►  August ( 24 )
    • ▼  July ( 21 )
      • ' Salam Jumaat...Zikir Pembuka Rezeki...'
      • Lastly for tonight..dear..' ~ Karipap Roti Sinara...
      • Mini Roti John..'
      • My Favorite ~ mesti cuba..anak-anak pun suka..meng...
      • Simple & sedap ~ Suci Dalam Debu...'
      • Hmmm..gebu dan enak...Biskut Bunga Cina..' :))
      • untuk Peminat Biskut Almond ~ cubalah...! '
      • Biskut Yang Enak...favoret nihh...' :)
      • Berkongsi Resepi - Buah Melaka'
      • Puisi...'
      • 250 K tetamu Allah Jumaat Pertama Ramadhan di Masj...
      • Ramadhan al Mubarak..'
      • Renungan Ramadhan : Bismillahi..' yang Maha Pemur...
      • DOA YANG DIKABULKAN.
      • MUHASABAH DIRI
      • Islam Dan Iman
      • DELIMA ~ Makanan Sunnah Nabi Saw. '
      • KHASIAT SERAI
    • ►  June ( 8 )

lagu m nasir




Gratisan Musik
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.