Manfaat
kesihatan serai merangkumi pelbagai ciri terapeutik dan tindakan
penyembuhan dari herba ini, termasuk diuretik, antiseptik, analgesik,
pengeluar angin, penenang saraf, galactogogue, tonik, sedatif,
antidepresan, penghalang bakteria, penghapus kulat, antimikrobial,
penurun panas badan, astringen, menghapus bauan busuk (deodoran) dan
banyak lagi yang lain.
Yang
pasti, faedah serai diperolehi daripada kandungan yang sangat kaya
dengan ubatan herba: terutamanya antioksidan, beta karotena dan vitamin
lain, sejumlah unsur-mikro (microelemen) dan lain-lain nutrisi. Senarai
kegunaan perubatan herba ini diantaranya :
v Serai
telah berabad-abad lamanya digunakan sebagai perangsang sistem imun
yang berkesan dan sebagai pencegah gangguan dan penyakit-penyakit
serius.
v Herba
semulajadi ini dapat membantu mencegah pelbagai masalah bersangkutan
pencernaan termasuk gastroenteritis, senak, hilang selera makan, angin,
kembung perut dan sebagainya.
v Produk serai boleh digunakan untuk merangsang peredaran darah dan merendahkan tekanan darah.
v Salah satu daripada manafaat serai untuk kesihatan yang paling penting ialah merendahkan paras kolesterol LDL dalam darah.
v Penyelidikan
menunjukkan bahawa serai mempunyai kuasa anti-kanser yang besar dan
boleh melindungi terhadap beberapa jenis kanser termasuk kanser kolon.
v Manafaat serai termasuk ciri-ciri antibakteria dan antikulat.
v Ini
adalah salah satu remedi herba yang boleh digunakan untuk mengurangkan
demam. Di samping itu, penyembuhan yang menggandungi serai berkesan
dalam merawat batuk, selsema, bronkitis dan penyakit-penyakit lain.
v Penggunaan infusi serai dan minyak serai dapat mengurangkan keterukan sakit artritis dan reumatisme.
v Manfaat
kesihatan diuretik serai dapat membantu memperbaiki fungsi buah
pinggang dan pundi kencing, serta merangsang detoksifikasi dan
mempercepatkan penyingkiran toksin daripada badan.
v Herba serai boleh digunakan untuk melega gejala tekanan seperti ketakutan, kebimbangan, kegelisahan, dan sebagainya.
v Faedah Kesihatan serai termasuk melegakan insomnia dan gangguan tidur.
v Herba serai disyorkan kepada wanita yang mengalami PMS yang teruk atau gangguan pusingan haid.
v Serai dapat digunakan bagi menyelaras (toning) otot dan tisu.
v Manafaat
serai termasuk kesan positif rawatan keatas kulit: mencegah radang
kulit, membantu menghilangkan radang bintik, jerawat, meredakan
kesakitan ekzema, dermatitis dan sebagainya.
v penghalau nyamuk / penyembur kimia
: Banyak dikomesialkan sebagai minyak Citronella dan lilin untuk menghalau serangga, nyamuk dan pengharum rumah.
: Banyak dikomesialkan sebagai minyak Citronella dan lilin untuk menghalau serangga, nyamuk dan pengharum rumah.
v Perisa Makanan
: Minyak Citronella juga digunakan sebagai agen perasa makanan, minuman, barang-barang bakar, bijirin, gula-gula, produk tenusu gelatin dan puding.
: Minyak Citronella juga digunakan sebagai agen perasa makanan, minuman, barang-barang bakar, bijirin, gula-gula, produk tenusu gelatin dan puding.
v Veterinar
: Minyak sebagai sebahagian dari komponen bahan menghalang anjing dari mengawan.
: Minyak sebagai sebahagian dari komponen bahan menghalang anjing dari mengawan.
v Aromaterapi
: Juga digunakan dalam aromaterapi.
: Juga digunakan dalam aromaterapi.
Sumbangan Sebagai Ubatan
Serai mempunyai banyak kegunaan. Di antaranya ialah:-
Daun
• Mencuci hanyir pada daging itik dan kambing.
•
Daun serai yang dibalut dengan besi atau batu panas digunakan untuk
tuaman dan bertungku pada kawasan urat saraf yang lemah, penyakit bisa
otot-otot, sendi, mengecutkan rahim yang bengkak, memecahkan lendir,
darah dan angin.
•
Daun serai dan jintan hitam digiling untuk di jadikan ‘paste’ bagi
ditampal di dahi untuk melegakan sakit kepala seperti angin meriam dalam
pantang bersalin. Campuran pada rempah ratus untuk di jadikan ‘paste’
bagi merawat bengkak-bengkak sendi dan otot.
• Air rebusan daun serai digunakan bagi mandian ibu dalam pantang selepas bersalin dan untuk penyakit lemah otot dan sendi
Batang dan akar pokok serai digunakan untuk:-
•
Membantu mengubati masalah sakit perut dan memecah gumpalan angin serta
melepaskan angin melalui dubur (kentut) dan mulut (sendawa).
• Dapat membantu mengimbangkan kestabilan hormon.
• Sebagai makan harian berlauk, menambahkan aroma hidangan serta membantu meringankan keadaan keracunan pemakanan.
• Campuran dengan rempah ratus mempunyai khasiat bagi merawat kesihatan sistem dalaman badan.
• Membantu melawaskan dan melancarkan pembuangan air kecil.
• Pencegah nyamuk dan gigitan bisa.
• Di jadikan bahan wangian, syampu dan losyen.
Bunga Serai sering di gunakan bagi:-
• Pencegahan kehamilan manusia dan binatang.
• Penyegar dan pelembab kulit (awet muda).
• Kesihatan dan kesegaran rahim
KHASIAT SERAI
Berikut ini merupakan beberapa khasiat serai yang belum banyak diketahui:
- Mencegah kanser
Satu
kajian mendedahkan bahawa setiap 100 gram serai mengandungi antioksidan
yang boleh mencegah kanser. Pada tahun 2006, satu pasukan penyelidik
dari University Gurion di Israel mencari sebatian dalam batang serai yang boleh mematikan sel kanser tanpa merosakkan sel sihat.
- Ubat gangguan pencernaan
Teh
serai membantu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, masuk angin,
kejang usus dan cirit-birit. Serai juga membantu mengurangkan angin
dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.
- Detoksifikasi
Serai
mempunyai sifat detoksifikasi tubuh dengan meningkatkan jumlah dan
kekerapan buang air kecil. Hal ini boleh membuat organ pencernaan, hati,
pankreas, buah pinggang, dan kandung kemih bersih dan sihat kerana zat
beracun dan asid urat telah disingkirkan.
- Manfaat pada sistem saraf
Minyak
asiri (minyak esensial) serai boleh digunakan untuk menguatkan dan
meningkatkan fungsi sistem saraf. Kerana minyak serai yang disapukan ke
permukaan tubuh memberikan kesan menghangatkan, melemaskan otot dan
meredakan kejang.
- Menurunkan tekanan darah
Serai
berkesan dalam mengurangkan tekanan darah, merangsang peredaran darah
dan menghilangkan masalah tekanan darah. Pengambilan segelas jus serai
dapat menurunkan tekanan hipertensi.
- Sebagai analgesik
Serai meringankan semua jenis peradangan dan iritabiliti yang
berkaitan dengan kebanyakan jenis sakit. Jadi, jika seseorang mengalami
sakit gigi, sakit otot, sakit sendi, atau sakit-sakit, teh limau
berserai pasti dapat membantu.
- Kulit indah
Serai
merupakan asas dalam industri kosmetik. Di antara manafaatnya ialah;
mengurangkan jerawat dan berfungsi sebagai penyegar. Minyak serai juga
boleh disapu ke seluruh tubuh untuk memberi kesan menghangatkan.
- Kesihatan wanita
Pengambilan teh serai dapat mengurangkan sakit haid dan rasa mual.
_ Menyegarkan dan Menyejukan
Meminum segelas serbat (rebusan) daun serai dalam cuaca panas dapat menyegar dan menyejukan badan.
Serai sumber terapi herba moden.
ReplyDelete