Buah
Delima terkenal dengan nama 'superfruit' mengandungi antioksidan yang
tinggi,terdiri dari asid ellagik yang baik untuk melindungi kalenjar
prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem
kardiovaskular.
Kajian
menunjukan buah delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa
memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.
Kajian keatas tikus makmal juga membuktikan delima mampu merencat
pembentukan kanser paru-paru, melambatkan pertumbuhan kanser prostat.
Dalam kajian yang melibatkan 50 pesakit kanser prostat, pengambilan
delima mampu menstabilkan aras PSA.
Pengambilan
buah delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok
dalam salurdarah arteri, mengurangkan aras kolesterol jahat dan
meningkatkan aras kolesterol baik. Delima boleh menurunkan tekanan
sistolik sehingga 5 peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan
penyakit jantung atau sistem kardiovaskular.
Kajian
juga menunjukan buah delima boleh mencegah penyakit nyayuk atau
penyakit Alzheimer. Dalam satu kajian tikus yang dibiak untuk mengalami
penyakit Alzheimer setelah diberi delima dan didapati plaque amiloid
dalam otak tikus itu kurang dan melaksanakan tugas minda lebih cergas
berbanding tikus kawalan.
Beberapa
kajian menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi,
mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi. Pengambilan
delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak daripada rosak selepas
tercedera.
Penceritaan Buah Delima di dalam Al Quran
Di antara potongan ayat yang terdapat di dalam al quran seperti berikut:,
"Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima," [Surah al Rahman ayat 68].
Allah
menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk
menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut
sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan
Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka
bumi? Sudah tentu jawapannya buah delima mempunyai pelbagai khasiat.
Sedap lagi..nie.. :)
ReplyDelete